Ahad, 18 Januari 2015

KENALI QASEH AZZAM.

As salamualaikum dan Selamat Petang ...

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog Qaseh Azzam.

Saya adalah HAZARHAWATIE SELIMIN dan admin utk blog Qaseh AzZam..Salam Perkenalan dari saya kepada kalian semua.




Serba sedikit mengenai diriku. Qaseh merupakan anak sulung (Pertama) dari 5 orang adik beradik.  2 Perempuan 3 Lelaki . Berasal dari Pedalaman Pulau Bruit, Daro, Sarawak. Berkelulusan Diploma Akauntansi di sebuah Politeknik Kuching,Sarawak.

Sekarang saya mengikuti suami bekerja dan full time menjadi suri dihati suami saya dan menetap di Bintulu, Sarawak. Sudah berkahwin  selama 3 tahun dan masih belum dikurniakan cahayamata lagi dan inshaaAllah dengan ikhtiar dan usaha kami berdua dengan Produk Shaklee . Doa dan sokongan dari kalian juga amatlah kami harapkan. Andai sudah tertulis rezeki kami, rezeki itutetap milik kami jua.Sentiasa percaya dengan perancangan Allah S.W.T.Kerana disetiap Ujian yang diberi olehNYA ADALAH TANDA KASIH DAN SAYANGNYA ALLAH kepada kita.

Alhamdulillah, rezeki yg Allah berikan kepada kami sejak berkenalan dengan produk shaklee, saya telah jatuh cinta dengan produk ini dan sangat gembira berkongsi pengalaman dengan pengguna dan kawan -kawan yang positif dan sangat sayang akan kesihatan mereka.

JANUARI 2015 - baru lagi ni, menjadikan SHAKLEE adalah pekerjaan sepenuh masa saya. Hanya bermula berkongsi melalui ruangan facebook sahaja. Dengan Niat dihati utk membantu menambah
pendapatan seisi keluarga kami. Alhamdulillah dari hari ke hari ramai yang berminat untuk mencuba
menggunakan produk kesihatan shaklee ini. Ramai juga yang sudah mengenali diri ini, walaupun diri Qaseh hanya penjual vitamin shaklee aje..Alhamdulillah..

Di facebook kalian boleh add Qaseh https://www.facebook.com/Qaseh AzZam





Saat Bahagia -11.12.11

Ingin dijadikan cerita, berjumpa dengan Shaklee sudah lama, tahun 2009 lagi. Masa tu, memang tak pandai nak jaga kecantikan sangat la,tak nak ambil kisah mengenai produk begini.Tahun berganti ke tahun, Penghujung tahun Dec 2011 saya menamatkan zaman remaja saya dengan berkahwin dengan En.Suami tersayang saya cinta dunia akhirat saya iaitu Encik Muhammad Haizam.In shaallah, dan semoga bahtera yg kita bina ini sentiasa belayar dengan selamat miskipun dilambung ombak dan badai yg deras..Alhamdulillah..Membina Mahligai nan indah bahagia bersama-sama HAMPIR Masuk tahun ke 2 alam rumahtangga, still lagi belum mempunyai rezeki zuriat, tapi Qaseh dah mula dan bagitahu diri sendiri  supaya mesti cari ikhtiar jugak nak dapat anak bagi menceriakan dan mewarnaikan lagi alamrumahtagga kami ni..Macam2 dan pelbagai dah jenis produk dan jamu yg Qaseh gunakan sehingga lah berjumpa dengan SHAKLEE...Bermula dengan B-Complex dan G-LA complex utk menormalkan kitaran haid dan Esp utk bagi tenaga, sebab Qaseh ada masalah sikit dengan sistem imun dlm badan, kurang darah.Sebab tu sentiasa nampak pucat je..

Alhamdulillah, November 2013 saya disahkan hamil anak pertama. Mungkin juga doa dari krgtua kami dan setelah berusaha,Allah perkenankan doa kami. Saat itu, hanya ALLAH S.W.T jeyg tahu betapa gembiranya saya dan suami saat itu. syukur dengan segala nikmat sangat2 dengan usaha yg membuahkan hasil.Iktihar dengan Set Kehamilan Shaklee.(GLA COMPLEX, B-Complex dan Esp).
Tetapi, disaat negara dilanda dan digemparkan dengan kehilangan MH370, saat itu jugalah kami diuji lagi dengan kehilangn kndungan Qaseh. Mungkin sebab terlalu gembira dan aktif buat tempahan biskut dari customer masa tu dan Qaseh kurang rest. Kami kehilangan anak dlm kandungan usia masuk 5 bulan..Sudah Allah berkehendak dan ingin menarik milikNya, kita pun kena Sabar dan Redha menerima ketentuan Ilahi. Yang pastinya bidadari syurga sudah menunggu kami dipintu syurga.Al- Fatihah utk anak syurga ummi..tapi sehingga sekarang saya masih berusaha dan consume vitamin shaklee bagi menguatkan rahim saya..

Terpanjang pulak cerita nya ye. Jadi ingin dipendekkan cerita. Dah Jatuh Cinta dengan produk Shaklee, jatuh hati pulak dengan Bisnes shaklee ni. SegalNya bermula dengan sepupu encik suami.

Qaseh berdaftar pada ahli Shaklee pada 18.12.2013. Mula serius bisnes pada Januari 2014. Setahun berlalu, Qaseh ingat tiba masanya qaseh berkongsi rasa dan kebaikan vitamin ini kepada kalian semua.inshaaAllah, saya akan cuba utk membantu kalian yg memerlukan sokongan utk teruskan menjaga kesihatan luaran dan dalam.

Kami mempunyai sistem yg bagus , sokongan team yang kuat serta ukhwah persahabatan yang brgitu rapat dan erat. Qaseh sangat sayangkan keluarga shaklee Qaseh. Alhamdulillah, banyak sangat saat indah dan manis yang Qaseh kecapi. Feedback yg Positif dari pelanggan Qaseh. Mereka makin sihat dan semakin Positif selepas menggunakan produk ajaib shaklee..

Salam Perkenalan lagi sekali darikuπŸ˜ƒπŸ˜€

Tiada ulasan: