Sabtu, 7 Februari 2015

SHAKLEE BINTULU : FUNGSI DAN KELEBIHAN VITAMIN E SHAKLEE

APA ITU VITA-E COMPLEX?

Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate dan d-alpha tocopheryl acetate selain lengkap dengan Selenium [as selenium yeast]

Vita-E Complex
120 kapsul
RM149



VITA-E DAN SELENIUM


Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium. Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik. 

Sekiranya anda pengamal vitamin E selain jenama Shaklee, pastikan juga anda membeli vitamin selenium supaya vitamin E anda dapat berfungsi dengan lebih baik. 

PANDUAN MEMBELI VITAMIN E

Makanlah vitamin E bersumber semulajadi dan ini boleh dilihat pada label botol vitamin anda sama ada ia 'd' atau 'l'. Bagi yang bertulis pada label dengan 'd' ini bermakna ia adalah sumber asli. Manakala 'l' adalah sumber tiruan atau sumber kimia. 


Sama seperti Vitamin A, kita tidak boleh mengambil Vitamin A berlebihan kerana ia boleh mengakibatkan toksik kepada badan melainkan kita mengambil vitamin Pro- Vitamin A seperti Beta Carotene yang mana ia hanya akan ditukar kepada vitamin A bila diperlukan saja.

KENAPA MEMILIH SUMBER ASLI?



Supaya lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber tiruan atau sumber kimia kerana jika tidak dapat diserap oleh badan. Ini akan menyebabkan toksik kemudan hari dan penyebab kepada 

wujudnya abnormal sel dalam badan.

APA FUNGSI DAN MANFAAT VITAMIN E?


VITAMIN E bertindak sebagai:

  • Awet muda
  • Membaiki peredaran darah, memperbaiki tisu, rawatan PMS
  • Mengurangkan parut
  • Meningkatkan kesuburan untuk lelaki & juga wanita
  • Kulit dan rambut sihat, cantik & lebat
  • Merawat masalah keintiman
  • Merawat masalah seksual lelaki
  • Vitamin E juga boleh dijadikan sebagai masker semulajadi

VITAMIN E DAN EKSTRAK BIJI ANGGUR

Dan yang istimewa tentang Vita-E Complex ini ialah ia diperkaya dengan GRAPE SEED EXTRACT yang menambahkan lagi khasiatnya.

  Kebaikan kesihatan grape seed extract
  • Menyingkirkan radikal bebas
  • Mengurangkan radang (inflammatory)
  • Membantu kesihatan otak, kulit dan mata.
  • Membantu pengedaran mikro dan kardiovaskular.
  • Mencegah masalah kelenjar prostat
  • Melambatkan proses penuaan
  • Mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit
  • Mencegah kesan negatif yang disebabkan oleh sinar ultraviolet
  • Membantu fungsi sistem saraf otak
  • Meningkatkan daya pertahanan



MASKER VITAMIN E 


Sebelum tidur

Sapu sebiji vitamin E sebelum tidur..Caranya, vitamin E tu cucuk dengan jarum dan picit perlahan-lahan sampai keluar minyak vitamin E dan sapu keseluruh muka secara nipis. 

atau 

Pagi 


Sapu muka dengan plain yogurt yang dipicitkan dengan Vita E dan biarkan selama 5-10minit. Memang best..! Atau boleh campur yogurt tu dengan sesudu kecil ESP. Tepek kat muka sampai rasa kulit muka menegang (sampai yogurt tu kering). Besttt sangat masa ni, kalah masker yg kita dok 
tepek mcm topeng tu. Lepas dah kering tu terus basuh dgn pencuci muka. Memang lembut jer rasa kulit 

TESTIMONIAL PENGGUNA VITA-E COMPLEX SHAKLEE

 TESTIMONIAL 1




 TESTIMONIAL 2




 TESTIMONIAL 3




 TESTIMONIAL 4






 TESTIMONIAL 5




Hubungi Saya :
Qaseh AzZam

Pakar Vitamin Anda

016 877 0670

Bintulu Area dan Postage ke Seluruh Malaysia dan Brunei.

Selasa, 3 Februari 2015

SHAKLEE BINTULU- CARA TAMBAH BERAT BADAN.

Bagaimana kita boleh menambah berat badan dengan cepat? 

Harus kita fahami dan ketahui sebenarnya tidak ada cara instant dalam konteks menambah berat badan. Akan tetapi Shaklee ada supplemen yang boleh menolong kita dalam percubaan menambahkan berat badan. Shaklee boleh membantu kita mendapatkan berat badan yg ideal dan menawan dan akan membuatkan kita kembali konfiden. Set Tambah Berat Shaklee mengandungi Vita- Lea,  B-Complex dan Meal Shake Shaklee


Memiliki potongan badan yang ideal memang idaman semua manusia. Ramai yang memiliki tubuh kurus ingin menambahkan berat badan sebab sudah bosan diejek, diusik oleh orang-orang disekitarnya. Insyaallah, Shaklee boleh membantu dalam usaha kita MENAMBAHKAN BERAT BADAN.



Secara amnya, untuk menambah berat badan kita perlu mengambil makanan yang kandungan nutrisinya seimbang, iaitu makanan berprotein tinggi, karbohidrat tinggi, dan lemak sihat.

Kita boleh mendapatkan sumber protin haiwan seperti ayam, daging, tuna, salmon dan sebagainya. 
Cara cepat untuk menambah protin adalah dengan mengambil protein shake untuk meningkatkan pengambilan protein harian. 

ESP dan MealShakes adalah sumber protein yang sangat sesuai untuk vegetarian. ESP dan MealShakes juga lebih baik dibandingkan dengan makanan yang tinggi karbohidrat yang diperlukan sebagai bahan bakar utama semasa melakukan aktiviti-aktiviti harian. Sumber karbohidrat terbaik 
adalah dalam bentuk roti gandum, beras merah, ubi dan kekacang.   

Untuk menambah berat badan, kita juga perlu mengambil lemak sihat. Lemak sihat boleh didapati daripada beberapa jenis ikan seperti salmon, sardin, herring, tenggiri dan tuna, yang kaya dengan asid lemak Omega-3. Lemak ikan juga bagus untuk membantu pertumbuhan, perkembangan fungsi otak, dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Kita boleh memilih OmegaGuard Shaklee untuk mendapatkan lemak sihat secara instant.

Di sini, kami berikan cadangan yang sesuai untuk sesiapa sahaja yang menginginkan tubuh badan dan berat ideal (mengikut citarasa seseorang itu). Set Tambah Berat Shaklee mengandungi VitaleaBComplex dan MealShakes. Untuk menambah lagi efek set tambah berat badan ini, adalah disarankan untuk mencuba OmegaGuard dan ESP juga dalam percubaan menambahkan berat 
badan.







Contoh makanan seharian :
Pagi (Sarapan/Sahur – semasa puasa) :
Makan pagi (Nasi goreng, nasi lemak, mee, pasta atau mana-mana karbohidrat yang penting mesti ada daging / ayam / telur / ikan) 
*** Semasa puasa boleh mencuba Performance Drink untuk mengelakkan daripada dehidrasi.

Minum segelas susu (yang ditambah 1 sudu Mealshake /dan ESP)

Makan B Complex (1 biji). 

Brunch (10 - 10:30am):
Makan roti, atau biskut
Vitalea sebiji (dengan air kosong)

Lunch (12:30 - 2pm) :
Makanan yg bergizi seperti biasa : Nasi campur bersama lauk ayam / ikan / daging. Tambah sedikit kuih (jika suka)

Tea time (3:30 - 4pm):

Makan roti, Minuman 1 gelas – yogurt atau susu (yang dishakekan bersama 1 sudu MealShakes/dan ESP)

Makan Malam (sebaiknya 3 - 4 jam sebelum tidur / masa berbuka – masa puasa)

Nasi campur bersama lauk ayam / ikan / daging. Tidak perlu makan secara banyak. Makan Vitalea 1 biji lagi.

10 minit sebelum tidur :
Makan roti atau biskut
Minum susu 1 gelas (yang dicampur Mealshakes /dan ESP)

Jangan lupa tambahkan sesi senaman paling minimum sehari 10 minit 
Tidak perlu senaman yang berat.
Sekadar mengangkat botol air mineral yg 500ml yang berisi air (seperti mengangkat berat dumbbell) Atau apa-apa senaman untuk membina muscle.

Kenapa perlu senaman? Kita tidak mahu berat tambahan yang dalam bentuk lemak! 

Jauhi makanan tidak sihat terutamanya makanan ringan dan ikutlah contoh pemakanan ini selama sebulan. Insyaallah berat badan kita akan naik dengan cepat. 


Ada apa dengan MealShakes, BComplex dan Vitalea?

MealShakes - membekalkan 35% atau lebih nilai harian, mengandungi 19 vitamin dan mineral penting. Ianya sumber makanan instant yang kaya kalsium, fiber dan protein. Rasanya enak seperti Vanilla Icecream, atau Milk Shakes

Vitalea - membekalkan 23 jenis vitamin penting bersama iron (penting dalam pembentukan sel darah merah). Ia banyak membantu mencantikkan kulit, kuku, rambut dari segi internal, ia juga membantu mengurangkan kebarangkalian kita mengidap penyakit tiroid. Ia juga membantu memberi badan yang sihat dan bertenaga. 


B Complex - mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting. Ia dapt mengawal kadar metabolisma badan, dan mempertingkatkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.


UNTUK KETERANGAN LANJUT :

Hubungi saya, Qaseh AzZam

Pakar Vitamin Anda

016 877 0670

Bintulu ,Sarawak

Postage ke Seluruh Malaysia

Termasuk Sabah, Brunei dan Singapura..


Ahad, 1 Februari 2015

Kerana Aku Mencintai Mu..

"SESUATU YANG MENURUTMU BAIK UNTUKMU, BELUM TENTU BAIK MENURUT ALLAH S.W.T..

Dan sesuatu yang menurutmu buruk bagimu, belum tentu buruk mrnurut Allah bagimu.."

"Kerana Aku Mencintaimu"

Kerana aku mencintaimu, maka aku ingin menjagamu...

Kerana aku mencintaimu, maka ku tak ingin dekat denganmu..

Kerana aku mencintaimu, maka aku tak ingin menyakitimu..

Kerana cintaku padamu,

Kerana cinta ini,

Ku tak ingin mengusik ketenteraman batinmu..
Ku tak ingin mempersonakanmu,

Ku tak ingin membuatmu kagum dan simpati,

Ataupun menaruh harap padaku..

Maka biarlah....

Aku bersikap tegas padamu..

Biarlah aku seperti acuh tak acuh perhatikanmu,

Biarkan aku bersikap dingin,

Tidak mengapa andai kau tidak menyukaiku,

Bahkan membenciku sekalipun, tiada masalah bagiku..

Semua ini, kerana aku cinta..

Demi keselamatanmu...
Demi kemuliaanmu..


Isnin, 26 Januari 2015

SHAKLEE BINTULU : TANDA-TANDA KANSER.


Kanser dan Tanda-tandanya..

Biasanya pesakit kanser hanya menyedari dia mengidap kanser bila 
penyakitnya sudah pada peringkat 4.
 Dan, selalunya keadaan ini dianggap sudah terlalu lewat.

Sebenarnya. dari peringkat awal kanser menyerang tubuh kita, tanda-tanda 
penyakit ini sudah ada tetapi kita sering mengandaikan yang tanda-tanda itu 
sebagai ‘Tidak apa-apa’, cuma sakit biasa sahaja.
 Kita pun mengambil langkah ‘bijak’ kita sendiri iaitu menelan 
panadol atau membeli ubat di farmasi.

Adakah anda pernah membuat pemeriksaan tahunan seperti ujian 
colonoscopies atau ujian PSA?
 Tentu ramai yang menggelengkan kepala.
 Tidak mengapa kerana meskipun penting, setakat membuat ujian 
seperti itu belum tentu dapat melindungi anda daripada kanser.
Anda tentu tidak mahu menyertai barisan pesakit kanser yang terlambat menyedari, bukan? 
Jadi, perhatikan perkara-perkara berikut. Mungkinkah ia merupakan penggera awal, 
notis pemberitahuan bahawa sel-sel kanser sedang mula bertapak dalam tubuh anda?


1. Sakit perut atau senak perut.

Salah satu tanda-tanda awal penyakit kanser kolon ialah berulangkali mendapat / 
mengalami sakit perut tanpa sebab.

2. Sakit yang seperti sesuatu menusuk masuk ke pankreas 
mungkin tanda kanser pankreas

3. Perut kejang dan sakit perut berterusan.

Petanda kepada kanser hati, mungkin juga leukimia kerana pada ketika ini,
 limpa sedang dibesarkan, menekan-nekan sebelah kiri perut yang sedikit rendah.

Nampaknya, sakit perut bukan perkara yang boleh diambil ringan. 
Jadi, jika anda mengalami sakit perut dan ia bukan berpunca akibat tersalah makan 
atau bukan masalah pencernaan, jumpalah doktor anda, mintalah 
dia arahkan pemeriksaan menyeluruh dan buatlah ‘ultrasound’

4. “Asid perut” kronik atau rasa perut penuh selepas makan yang sedikit.

Tanda awal yang paling lazim untuk kanser perut adalah kesakitan di bahagian 
abdomen atas atau pertengahan perut. Anda merasa bagaikan perut 
anda dipenuhi gas dan selalu rasa pedih hulu hati. Ia mungkin terjadi 
selepas anda makan dan rasa kenyang biarpun anda baru makan sedikit sahaja. 
Oleh kerana rasa sakit ini boleh dihilangkan jika anda makan ubat mengandungi 
antasid, anda mungkin mengabaikan sahaja kesakitan itu.

Sakit yang tidak diketahui puncanya atau sakit di sebelah kanan yang lebih 
rendah boleh menjadi tanda awal kanser hati, yang dikenali sebagai salah satu 
“pembunuh senyap.” Perasaan kenyang selepas hidangan yang kecil adalah tanda
 biasa kanser hati juga.

Jika anda mempunyai serangan kerap asid perut, sakit perut yang tidak 
dapat dijelaskan, 
atau perasaan penuh selepas makan walaupun anda makan 
kurang daripada biasa, hubungi doktor anda.

5. Kehilangan berat badan.

Anda seorang yang tidak aktif, nak bergerakpun malas tetapi tetiba berat 
badan anda turun tanpa dapat dijelaskan, ketahuilah bahawa inilah petanda 
awal kanser kolon. Kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan boleh 
juga menjadi tanda kanser yang merebak ke hati, memberi kesan kepada 
selera anda dan keupayaan badan anda untuk membersihkan sendiri sisa.

4. Jaundis / demam kuning.

Barah pankreas, satu lagi salah satu “pembunuh senyap,” sering ditemui 
apabila seseorang mengidap 
jaundis. Jaundis adalah kuning kulit atau kuning kornea mata, 
tetapi air kencing menjadi lebih gelap daripada biasa yang bukan disebabkan dehidrasi, 
najis berwarna merah tanah liat malah penyakit kuning juga boleh menyebabkan 
kegatalan akibat garam hempedu yang terlepas memasuki aliran darah. 
Sesetengah orang yang mengidap barah pankreas mengatakan, mereka
 perasan kulit mereka rasa gatal sebelum mereka menyedari bahawa 
mereka mengidap jaundis.

5. Berdehit atau sesak nafas.

Sesak nafas, sakit dada, atau darah keluar bersama air ludah adalah tanda-tanda 
kanser testis yang sudah merebak ke paru-paru.

6. Batuk yang kronik atau sakit dada.

Beberapa jenis kanser, termasuk tumor, leukemia dan kanser paru-paru, 
boleh menyebabkan gejala yang meniru batuk atau bronkitis yang teruk.

Satu cara untuk memastikan apakah anda mengidap kanser atau tidak.
Gejala-gejala itu berterusan, atau tanda-tanda itu hilang sekejap kemudian 
datang semula berulang-ulang. Sesetengah pesakit kanser paru-paru 
memberitahu yang sakit dada dialami itu menjalar hingga ke bahu atau ke bawah lengan.

7. Kerap demam atau terkena jangkitan.

Ini boleh menjadi tanda-tanda leukemia, kanser sel darah yang bermula 
dalam sum-sum tulang. Leukemia menyebabkan sum-sum tulang menghasilkan 
sel darah putih yang tidak normal, yang mengerumuni sel darah putih yang sihat, 
mengurangkan daya tahan / keupayaan melawan jangkitan kuman. 
Doktor kadang-kadang mengesan leukemia di kalangan orang dewasa 
yang lebih tua hanya selepas pesakit telah beberapa kali mengadu demam, 
sakit, dan simptom seperti selesema dalam tempoh masa yang panjang.

8. Kesukaran menelan.

Yang sering dikaitkan dengan kanser esophageal atau tekak, kesukaran 
menelan kadang-kadang salah satu daripada tanda-tanda awal kanser paru-paru juga. 
Lelaki yang didiagnosis dengan kanser esophageal 
mengalami rasa sakit ketika menelan makanan/minuman. 
Kadang-kadang anda rasa ada sesuatu tersekat di kerongkong. 
Dapatkan nasihat doktor kerana pada saat ini mungkin esofagus anda sudah 
menjadi sempit atau ada tumor dalam kerongkong.

9. Gastroesophageal penyakit refluks (GERD) – 

satu keadaan di mana asid perut naik ke dalam esofagus, menyebabkan pedih 
hulu hati dan rasa berasid di tekak – boleh mencetuskan satu keadaan yang dikenali 
sebagai esofagus Barrett, yang boleh menjadi penyebab kanser esophageal.

10. Bengkak muka.

Sesetengah pesakit dengan kanser paru-paru lmengalami keadaan bengkak 
atau kemerahan di muka. Ini terjadi kerana sel tumor kecil menghalang 
saluran darah di dada, mencegah darah daripada mengalir dengan bebas daripada 
kepala dan muka.

11. Nodus limfa yang bengkak di kawasan-kawasan leher, ketiak, atau 
pangkal paha (ketulan).
Pembesaran limfa di leher atau ketiak kadang-kadang ialah tanda 
tiroid, kanser otak atau kanser tekak. Bengkak yang tidak 
menyakitkan pada leher, ketiak, atau pangkal paha ialah juga tanda awal leukemia.

12. Lebam Teruk atau pendarahan yang tidak berhenti.

Gejala tidak normal pada platelet dan sel darah merah, boleh menjadi 
tanda-tanda leukemia. Tanda-tandanya ialah gusi berdarah semasa 
menggosok gigi dan lebam di tempat-tempat seperti jari dan tangan.
 Ini kerana sel-sel leukimia mengerumuni sel-sel darah merah dan platelet 
lalu merosakkan keupayaan darah untuk membawa oksigen dan beku.

13. Lemah dan letih.

Sering merasa lemah, tak larat, letih adalah gejala bagi kebanyakan 
penyakit kanser yang tidak disedari sama sekali. Jadi jika anda berasa 
letih tanpa sebab sehingga susah hendak tidur, segeralah berjumpa doktor.

14. Pendarahan rektum atau darah dalam najis.
“Saya fikir ia buasir” adalah satu kenyataan yang paling biasa doktor 
mendengar apabila mendiagnosis kanser kolorektal.

15. Sembelit, cirit-birit, dan perubahan dalam najis semua boleh 
menjadi tanda-tanda kanser.
Seperti dengan banyak gejala kanser lain, cara untuk memberitahu jika 
ini adalah perkara yang membimbangkan ialah jika ia berlaku pada lebih 
daripada beberapa hari tanpa sebab yang jelas, seperti flu atau keracunan makanan.

Orang yang didiagnosis mengidap kanser kolon sering memberitahu bahawa 
mereka lebih kerap 
membuang air besar dan masih tidak merasa lawas.

Salah satu tanda-tanda awal kanser pankreas adalah najis berminyak, 
besar tetapi lebih pucat daripada biasa dan berbau sangat busuk kerana 
badan tidak menyerap makanan seperti sepatutnya.

16. Sukar membuang air kecil.

Tanda-tanda awal kanser prostat ialah anda tidak boleh kencing 
walaupun anda berasa hendak kencing .Bila sudah kencing pula anda susah hendak berhenti.

17. Rasa sakit atau pedih semasa membuang air kecil.

Gejala ini juga boleh menunjukkan jangkitan saluran kencing atau 
penyakit kelamin, sudah tentu, tetapi dalam hal mana-mana waran 
perjalanan serta-merta kepada doktor. Gejala ini sering digabungkan 
dengan perasaan bahawa anda perlu pergi lebih kerap, terutamanya 
pada waktu malam. Gejala-gejala ini yang sama juga boleh 
menunjukkan keradangan atau jangkitan pada prostat atau hiperplasia 
benign prostatic, nama apa yang berlaku apabila prostat membesar 
lebih besar dan menyekat aliran air kencing. Walau bagaimanapun, 
anda perlu mendaftar keluar untuk memberitahu perbezaan.

18. Kencing berdarah dan darah dalam air mani. Adalah tanda bahaya kanser prostat.

19. Masalah ereksi.

Sukar mendapat atau mengekalkan ereksi adalah juga tanda anda 
mengidap kanser prostat.

20. Sakit pada pangkal paha, pinggul, atau abdomen.

Satu tanda lain kanser prostat ialah lelaki kerap sakit di bahagian pinggang,
 peha, atau bahagian paling rendah di belakang.

Kanser prostat yang telah merebak ke nodus limfa merupakan ketidakselesaan
 dalam pelvis atau bengkak di kaki.

21. Bengkak buah zakar.

Ketulan yang menunjukkan kanser testis tidak langsung menyakitkan.
 Ia juga biasa bagi testis membesar atau membengkak.

22. Sakit belakang yang tidak diketahui puncanya.

Sakit belakang boleh bermakna segala macam perkara. Sakit di belakang pinggang 
dan lebih rendah boleh menjadi tanda kanser prostat, manakala kesakitan di 
bahagian belakang atas tanda kanser paru-paru. Sakit di bahagian abdomen atas 
dan belakang adalah salah satu daripada beberapa tanda-tanda awal kanser 
pankreas.

23. Puting tetek yang bersisik atau dan mengeluarkan cairan.

Lelaki juga boleh mendapat kanser payudara, ya! Merekamengalami satu 
keadaan yang dipanggil gynecomastia, ada ketulan benigna di kawasan puting. 
Kanser payudara biasanya dikesan sebagai ketulan, tetapi jika ia merebak ke dalam, 
ia juga boleh menyebabkan sakit dada.

Tanda-tanda lain kanser payudara termasuk tompok-tompok merah, bersisik, 
atau kulit lekuk atau perubahan pada puting seperti membelok masuk atau 
kebocoran bendalir.

24. Kanser kulit merujuk kepada kesakitan kulit atau kulit yang tidak sembuh, 
menjadi berkerak, atau berdarah dengan mudah. Kebanyakan kita tahu 
bagaimana tahi lalat mungkin menunjukkan anda ada 
kanser kulit tetapi cari juga tanda-tanda lain seperti ketulan kecil yang 
berlilin atau sisik kering.

Biasakan diri anda dengan pelbagai jenis kanser kulit – melanoma, 
sel basal karsinoma dan karsinoma sel skuamus – dan berhati-hati 
memeriksa kulit di seluruh tubuh untuk pertumbuhan yang kelihatan 
ganjil atau bintik.

25. Perubahan pada kuku.

Perubahan yang tidak dapat dijelaskan pada kuku boleh menjadi tanda 
beberapa jenis kanser. Coretan coklat atau hitam atau titik di bawah kuku 
boleh menunjukkan kanser kulit.
Jika ada pembesaran hujung jari, dengan bahagian hujung kuku melengkung 
ke bawah boleh menjadi tanda kanser paru-paru.


JIKA ADA MANA-MANA TANDA DIATAS, 
SEGERALAH BERJUMPA PAKAR PERUBATAN. JANGAN TUNGGU LAGI!


***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan 
penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :


Qaseh AzZam SID 1180881


call/sms/whatsapp : 016 877 0670 

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini
 saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK.

POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….
  

Khamis, 22 Januari 2015

SHAKLEE BINTULU : HERB- LAX

Herb-Lax: Julap Semulajadi



Adakah anda sering mengalami masalah sembelit? Adakah anda ingin 
menurunkan berat badan? Adakah anda sedang mencari produk detoksifikasi 
yang selamat? Herb-Lax adalah pilihan yang tepat! Herb-Lax berfungsi 
sebagai julap semulajadi yang membantu proses 
pembersihan usus secara lembut. Antara fungsi utama Herb-Lax adalah:


  • Membersihkan najis yang tersekat dan terkumpul lama di dalam usus
  • Membantu masalah sembelit
  • Mengempiskan perut
  • Mengurangkan berat badan
  • Detoksifikasi - menyingkir toksin dari badan supaya usus lebih mudah menyerap khasiat vitamin 

Herb-Lax dirumus dari 9 herba semulajadi iaitu alfalfa, senna, anise seed, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver's root. Penghasilan Herb-Lax adalah daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. 

  • SENNA LEAVES merangsang tindakan pembersihan lembut pada usus dan perut, mempercepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.
  • BUCKHORN BARK melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan pada usus.
  • LICORICE ROOT membantu proses detoksifikasi
  • FENNEL SEEDS mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit dan kembung perut.
  • ANISE SEED merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan.
  • RHUBARB ROOT merupakan herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina sebagai antibiotik.
  • BLUE MALVA FLOWER membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit
  • CULVER'S ROOT membantu lebihan air dalam badan dan masalah asma.
  • ALFALFA LEAVES membersihkan usus, darah dan hati.

Anda sangat digalakkan untuk mengambil Herb-Lax terlebih dahulu sebelum mengamalkan 
mana-mana set vitamin keluaran Shaklee untuk tujuan pembersihan usus (detoksifikasi). 
Ini adalah kerana usus yang bersih akan lebih mudah menyerat khasiat vitamin 
yang diambil, maka kesan vitamin itu akan menjadi lebih efektif kepada tubuh kita. 

Herb-Lax juga merupakan salah satu produk utama dalam set pelangsing dan penurunan berat badan Shaklee. Dapatkan Herb-Lax dari Beyond Mama. Harganya adalah amat berpatutan.


Qaseh Azzam
016 877 0670
Bintulu, Srawak dan Postage ke Seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei

Terima Kasih

SHAKLEE BINTULU - PERFORMANCE - NATURAL ORANGE




Performance Drink Shaklee merupakan produk yang paling meletup setiap kali bulan Ramadhan menjelma. Yes, we should have advertised this product earlier since today is the 9th day of Ramadhan already. Tapi tahun nie produk nie jadi fenomena kejap, satu Malaysia habis stok! Untuk warga Borneo, insyaallah stok akan ada starting from 1st August nie. So apa yang menarik tentang produk ini?

It is actually a sport nutrition drink, target utama Performance Drink actually adalah untuk golongan 
orang yang suka sports and workout (kat botol dia pun siap ade letak gambar orang berbasikal). 
Dehydration merupakan merupakan salah satu faktor utama penurunan prestasi atlit. Performance Drink dapat menghidrasi jauh lebih baik daripada air. Ia mengandungi lebih banyak elektrolit untuk mengembalikan tenaga dengan cepat.



Performance Drink juga direka khusus untuk para angkasawan NASA, para pengembara terkemuka dan para atlet bertaraf antarabangsa. Ujian klinikal membuktikan rumusan ekslusif OptiCarb yang terdapat dalam Performance Drink dapat meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kaliganda, memberikan tenaga 
dan memelihara sirkulasi bendalir dalam tubuh. Berbanding dengan energy drink yang lain, Performance Drink mempunyai lebih 67% otot glikogen (sumber tenaga) dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera.


Fungsi Performance Drink:
  • Memperlahankan proses kehilangan cecair dalam badan, mencegah penyahhidratan dan mengurangkan kehausan. Sesuai untuk mereka yang berpuasa.
  • Meningkatkan daya ketahanan badan, memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat,  meningkatkan daya tahan otot, memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh dan menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal.
  • Mengekalkan kadar glukosa dalam darah untuk meningkatkan stamina dan mengekalkan tenaga.
  • Mengandungi elektrolit lengkap termasuk calcium, potassium, sodium, phosphorus, chloride dan magnesium (yang kebanyakannya tidak terdapat dalam mana-mana jenama energy drink biasa)
  • Melembabkan kulit dan vagina yang kering
  • Melegakan masalah cirit-birit. Performance Drink dapat membantu mengembalikan paras pottasium yang hilang ketika cirit-birit.
  • Melegakan kepeningan dan paras gula yang rendah
  • Melegakan morning sickess ketika mengandung 

Kesimpulannya, Performance Drink ini berfungsi seperti 100 Plus atau energy drink yang lain, tapi jauh lebih baik dan lebih selamat sehingga boleh diminum oleh wanita mengandung dan ibu yang menyusu badan (pregnant women and nursing mothers) Ia tidak mengandungi pemanis tiruan, preservatives atau bergas seperti minuman tenaga di kedai runcit. Ia juga membantu mengurangkan rasa mual di awal kehamilan. 

Highly recommended untuk ibu mengandung atau menyusu yang bekerja dan berpuasa pada masa yang sama. Ibu menyusu akan banyak kehilangan cecair dalam badan, lebih-lebih lagi di bulan puasa. Anda 
memerlukan supplement tambahan untuk mengekal/meningkatkan tenanga anda untuk terus menyempurnakan proses penyusuan dan berpuasa tanpa halangan.

Performance Drink juga mempunyai rasa natural orange yang lazat. Produk yang perlu ada untuk mengekalkan prestasi harian anda. Dapatkan Performance Drink dari Beyond Mama sekarang. Hubungi kami untuk keterangan lanjut.


Qaseh AzZam
016 877 0670
IG : KASIHAZZAM
PAGE : pengedar shaklee bintulu, malaysia
Facebook : Qaseh AzZam

Selamat membaca dan semoga bermanfaat semua..
Yang masih tercari2 dan keliru supplement apa yg anda perlu. Boleh direct hubungi saya ye.

Terima Kasih

SHAKLEE BINTULU- CAROTOMAX

CarotoMax



CarotoMax merupakan suplemen antioksidan yang hebat keluaran Shaklee. Ia terdiri daripada 6 karotenoid terbaik, iaitu alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan 
zeaxanthin. Apa itu karotenoid? Karotenoid adalah kumpulan makanan yang mempunyai pigmen warna kuning, oren dan merah yang kaya dengan vitamin A. CarotoMax telah terbukti lebih selamat dari vitamin A. Pengambilan vitamin A yang berlebihan boleh menyebabkan 
toksisiti (keracunan). Walaubagaimanapun ahli saintis telah menemui beta karotena pada 
tahun 1932. Ia merupakan prekursor vitamin A dan didapati selamat untuk pengambilan.

CarotoMax keluaran Shaklee mengandungi tambahan Astaxanthin yang dikenali sebagai Raja Karotenoid. CarotoMax keluaran Shaklee diekstrak daripada buah dan sayur yang kaya dengan sifat antioksidan seperti berikut:




Ahli nutrisi mencadangkan pengambilan 5-9 hidangan buah dan sayur untuk mengekalkan konsentrasi beta karotena dalam darah untuk memelihara kesihatan penglihatan, kulit dan mencegah kanser. Maka cara paling mudah ialah melalui pengambilan CarotoMax.  Tahukah 
anda bahawa 1 hidangan CarotoMax adalah bersamaan denga 89 raspberries, 102 pisang, 714 aprikot, 113g salmon dan 285 anggur? 





Apa yang dapat anda perolehi daripada pengambilan CarotoMax yang berterusan?

  • Mempertingkatkan daya penglihatan dan membantu mengurangkan masalah berkaitan mataseperti rabun malam, rabun dekat, mata kering, astigmatisma, presbyopic, mata lesu, glaucoma, katarak, floaters, eyebag dan lingakaran hitam pada mata.
  • Untuk kecantikan kulit - mampu melegakan masalah kulit seperti psoriasis, senile plaque, kulit kering, kulit gugur, jerawat dan acne. Penggunaan luaran pula boleh digunakan untuk merawat scabies, acne, ulser kulit, pustule, etc. 
  • Mengukuhkan sistem imun
  • Mencegah kanser - penggunaan yang berterusan mampu menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel-sel kanser. Ini akan mengurangkan risiko kanser terutamanya kanser paru-paru dan payudara.
  • Menghalang infeksi - ia merangsang enzim membunuh kuman yang membawa penyakit sistem respiratori paru-paru, batuk, hepatitis, asma, dan selsema.
  • Melindungi epithelial - ia memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing, ovari dan saluran usus. 
  • Menggalakkan pertumbuhan yang normal dan sihat - menguatkan tulang, melindungi rambut, kulit, membran mukosa, gusi, gigi dan sistem reproduksi. Ia juga membantu penghasilan sperma yang sihat.

Dapatkan CarotoMax dari Qaseh Azzam sekarang demi kesihatan anda.  

Qaseh AzZam
016 877 0670

Ig : KASIHAZZAM
FB : Qaseh AzZam
E-mail : azzahawatie@gmail.com
Page : Pengedar Shaklee Bintulu, Malaysia

Terima Kasih.